Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain: For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart



I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Monday, July 12, 2010

Langsi Punyer Loyer

Hari ni kena cover 2 org PKP lain dan kes yg ditetapkan semuanya berjumlah 28 kes. Kira ok la compare last week. Tp yg tak syoknye kes no. 1 loyer yg paling langsi bagi aku plak appear. Last date Pn. Solehah suruh failkan application to amend jumlah tuntutan sb lesser amount to be entered. Kononnya, loyer yg bernama Sharifah Intan Al-Hadad (mmg aku mark smp mati) from Messrs. Tee Bee Kim & Assoc ni yg da 7 years in practice kata sepanjang dia practice hanya perlu bagi statement of account terbaru je da blh enter JID on latest amount. Jd ape yg Solehah suruh tu salah la. Ok la, ikutkan aku pun nak bg je tp dia dgn langsinya kata da tanya seorg TP tak perlu failkan perm. pindaan. Bile di tanya sape xnak disclose. Jd aku pun ckp la 'how do i know u re telling d truth'. Ikutkan maleh da nak bertekak tp dia asyik je mengulang da 7 yrs in practice hangin satu bdn aku pun naik la. Byk sgt mulut saje la aku pun cari psl. Kalau dia reti tutup mulut da lama aku bg. Ngok punyer loyer.

Habis tu ko ingat aku ni baru sehari buat keje la! Previously pun ada 1 kes dia buat hal gak ngan aku. Agaknya mmg dia suka cari psl ngan aku kot. Jd, dgn geramnya aku taip ape yg dia ckp dlm minit Mahkamah. Alih2 dia suh aku baca balik apa yg aku tulis krn kononnya dia penah terkena dgn sorang PKP ckp lain tp tulis lain. Kalau rasa ko tu btl ape ada hal! nak takut ape! Tak psl darah tinggi aku naik pepagi lg. Nasib baik tak affect kes lain.


Monday, June 28, 2010

Produktiviti Menurun

Minggu lepas dan minggu ni adalah minggu yg paling tidak produktif bagi diri ini. Huh.. entah la keje byk sgt sampai da malas nak tgk (belek pun tidak). Lebih2 lagi minggu ni hubby outstation. Kena kuarantin sebelum presentation MIT (ngalahkan Menteri). Kena g port dickson 2 mlm kot start hari khamis ni. Alamatnya tido sorang la aku. Tetiba rasa hiba (ceh), bkn tak biasa tido sorang pun cuma kalau hubby standby dan balik lewat pun, paling tidak dia balik. Dpt la tgk muka w/pun time dia balik kite nak g keje dah. Tido umah mama lah, takyah wat keje umah hahahahah.. dasar pemalas :P

Wednesday, June 16, 2010

Stress


Bestnyer kalau masa ini berada di Pantai.. Hilang Stress

Friday, June 11, 2010

Manggis oh manggis

Eeee.. menjak pregnant ni aku xde la mengidam nak mkn benda bkn2. Tp hari tu lalu kawasan umah Rika ternampak lak lori org jual manggis dan tetiba kecur air liur nak mkn tp masalahnya aku nak juga yg hubby belikan. Gatal tak? selalu blh je beli sendiri tp saje nak bermanja. Dr hari Ahad minta smp la ke hari Jumaat baru dia belikan.. xde org jual manggis katanya. Nak dijadikan cerita hubby belikan manggis pg ni tp yg sedeynya manggis tu kecik sgt2. Sekali ngap je da habis. Huhuhu kempunan gak la tp bile mengenangkan kepayahan hubby mencari manggis tu satu psr borang seri kembangan jd rasa terharu lak. Kecik pun kecik la... ingat nak pesan kat Rika la belikan. Mmg kecur air liur tgk manggis kat tmp dia hari tu. Psl tu la timbul ngidam manggis.

Masa time citer2 ngan hubby pg2 buta td rasa sebak je dia penat2 balik keje jam 5 am aku marah dia buka lampu. Selalunya dia tido kat bwh sb nak tgk tv tp mungkin hari ni penat sgt kot. Punya la dia bercerita psl bos dia.. aku dgr je la w/pun mata ni terkebil-kebil minta dikatupkan. Aduyai.. smp bile la hubby aku nak keje tak tentu masa ni. Katanya cepat2 la aku naik jd TP supaya blh dia jd drebar teksi dan senang jaga anak. Huhuhu sedey je baik jd drebar aku.

Thursday, June 10, 2010

Ngumpat Bos

Hehehe.. smlm bos bsr panggil suh buat keje spt biasa la tp xla urgent. Ptg tu saje la naik kat tmp s/u belek2 fail tetiba bos bsr ada. Rupa2 tgh mengumpat bos kecik. Hahaha ngumpat psl keje la bkn ape pun. Tp mmg aku faham sb bos bsr aku tu mmg cerewet tp psl keje je. So aku pun ok kalau tak xde la 5 thn aku bertahan bawah dia. Jd bos kecik aku tu kena la lebih memahami cara keje bos dia, nama pun bos. Bab ni aku mmg menyokong bos bsr la sb mmg expectation dia terhadap officer sgt tinggi.

Monday, May 31, 2010

Morning Sickness

Uweeeeekkk.. mula la masuk minggu ke 7 ni aku da start muntah2 dan pening kepala. Makan pun da tak selera. Kerja umah lg la pinggan mangkuk dan kain baju semua aku biar je. Angin satu badan semua nak kuar. Aduyai.. moga2 tidak berlarutan. Cian dgn hubby minggu ni standby tp aku langsung tak masuk dapur utk masak. Tgk bahan mentah je aku da geli apatah lg nak memasak. Mcm ni rupanya berbadan dua... Semoga Allah s.a.w memudahkan segala urusan seharianku serta memberi aku kekuatan menempuhi dugaan yg ringan ini.

Tuesday, May 25, 2010

Restu Ibu Bapa adalah Segalanya

Hari ini aku mendengar berita bahawa kwnku yg telah mendirikan rumah tangga hampir 2 thn telah memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah krn suaminya da 3 bln tidak pulang. Sementelah dgn dia yg telah keluar dari rumah dan berpindah ke Subang Jaya utk tinggal bersama makciknya. Aduhai.. apelah daya sedey mendengar berita ini. Kami mengharapkan rumah tangga yg dia bina w/pun tanpa restu bapanya akan berkekalan namun hari ini tiba jua. Namun kita tidak boleh meletakkan kesilapan tersebut kpd suaminya semata-mata. Kedua-dua pihak pasti ada salah dan silap, yg penting kita cuba menyelamatkan rumah tangga demi kebahagiaan masa depan. Harap2 jln penyelesaian terbaik dpt dicapai. Nak kawen punya la payah, bergolok gadai semua dan bile da tak sepakat dibuang semua kepayahan tersebut. Begitu mudahnya runtuh sebuah masjid yg dibina dgn lafaz dan janji. Renungkanlah... semoga ini dijadikan iktibar bahawa restu dlm melakukan ape saje adalah penting.

Monday, May 24, 2010

Dpt Sebiji..

Alahai.. pepagi da kena hambur ngan hubby. Mmg salah aku pun, suami baru je nak letak kepala kul 2.30am pulang dari keje, aku da membebel nak ajak g beli brg umah. Ye la, mmg byk stok da habis. Memandangkan aku masih di awal pregnancy jd takut skit nak angkat brg berat2 mcm beras. Kalau dulu ok je aku angkut beras 20kilo xde hal. Ni nak beli buah-buahan lg mesti berat semua tu. Tak semena-mena hubby mengamuk sb katanya dia xle nak teman aku sb sepanjang minggu ni ada audit. Da la keje mcm lembu katanya.. Serba salah pula aku membuatkan dia xde mood nak tido. Huhuhu Ya Ampun..

Sunday, May 23, 2010

Pregnant!

Syukur, alhamdullillah.. Aku telah disahkan pregnant 5 1/2 minggu. Berbunga-bunga suamiku mendengar berita ni. Kwn2 ku pun tumpang bahagia apetah lg aku yg mmg menunggu berita baik ini. Hmmmm mcm2 tip yg aku dpt dan mmg sgt diperlukan. Bak kt seseorg.. thn ni musim mengawan bg SAR Dagang. :) Buat permulaan aku da start minum susu w/pun mmg tak blh nak masuk dlm tekak ni. Alhamdullillah setakat ni blm lg ada simptom2 loya dan muntah2 cuma yg ada simptom pemalas n asyik tido je yg dah timbul. Ahak!

Tuesday, May 18, 2010

Berderau Jantungku

Huhhhhhhhh.. smlm dan hari ni letih sgt2 buat fail2 show cause. Ye la ada org kt SAR xde keje jd blh taip surat dan tarik fail utk show cause. So kena la buat dr A-Z. Nak wat camne moto "Saya yg Menurut Perintah" tu mcm da sebati je tp kalau xkena gaya hangin gak. Hari ni ada insiden yg menyeramkan di aras 5. Sedang aku berbual-bual ngan s/u Dato', Azma bgn dari tmp duduk Hasrul. Jd tmp kerusinya agak terkebelakang. Tetiba sedang asyik berbual, kerusi tersebut beralih spt ada org menyorongnya masuk ke bwh meja. Huhhhhhh bergerau gak sambil aku dan s/u Dato berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum kambing. Katanya mmg ada kwn yg agak rajin menyusun kerusi meja di ofis tu. (Renung-renungkan)......

Saturday, May 15, 2010

T.O

Semlm terdetik cerita psl transfer order. Kononnya sape2 yg senior or yg da terlalu lama kat satu2 tmp akan dipindahkan (agaknya termasuk aku la tuh - 5 thn beb kat tmp tu je). Hati ini sebenarnya berbelah bahagi.. kalau dekat2 xpe gak buatnya dia anto jauh mcm mana ngan kehidupan ku sbg isteri..? Huhu rasanya tak sanggup lg utk berpisah sb baru je 5 bln mendirikan rumah dan tangga. Tu pun blom fully furnish. Ahak! Tp hakikatnya aku ni da terlalu lama berada dlm 'comfort zone'. Otak pun da tepu da buat benda sama je hari2. Teringin juga nak belajar benda lain dan dlm masa yg sama syg lak nak tinggalkan kwn2 dan kakitangan yg dikasihi sekalian. :( ~ Namun harapan tetap jua ku letakkan.

Thursday, May 13, 2010

Mood Tgh Bulan

Ni la dia.. bile tgh bulan je semua kering. Aduiyai.. mcm mana bln ni blh lari budget sgt nih? Ni tgh berkira-kira utk budget minggu dpn. Alamatnya tak kuar langsung la lunch. Huhuhu :(

Monday, May 10, 2010

Duit Lg!

Hari ni g keje tanpa menatap wajah suami tercinta. Kite kuar dia lom balik keje lg pun. Katanya mlm ni dia balik awal. Blh caya ker? Da byk kali terkena dah. Huhu savvy ku yg satu tu pun nak kena tukar tayar da. Melayang lg la duit. Koman2 RM 700 haiiiiiiiiiiiiiii. Bilo makcik nak kayo! Ini lah rintihan setiap kakitangan kerajaan (agaknya lah). Spoiled my mood of the day :(

Wednesday, May 5, 2010

Hangin Je

Ni bos kecik aku ni buat aku hangin satu badan. Selama ni aku bertungkus lumus la update masterlist bg kes2 muamalat sb mmg da aku yg monitor semenjak mula2 diperkenalkan masterlist ni. Tup tap dia bg statement kat Pn. H bahawa aku tak byk keje sgt jd blh buat operasi fail kod 22 thn 2005. Statement ni aku dgr sendiri dr Pn. H. Maknanya skrg aku buat 2 major masterlist. Mmg la fail2 muamalat xyah wat show cause sb mmg da up to date tp tetiba kena amik alih buat operasi thn 2005. Hangin la aku ni.. dia sorang je ke yg byk keje. Tak tu judge xde la membebel fail xde profil. Dia saje la yg betul.. jwb la sendiri!

Open Sesame!

Hari ni pembukaan semula blogger.com. Ahak! dah terlepas da beberapa luahan yg menarik. Harap2 administrator tak akan block lg pages ni. Walaupun social networking tp penting blog nih tau. Welcome back to blogger.com

Friday, April 30, 2010

Cukai.. oh cukai

Hari ni adalah hari terakhir penghantaran borang BE oleh semua warganegara yg layak membayar cukai kpd kerajaan M'sia. Td masa dinner ngan hubby dlm berita ada seorg wanita kt dah mmg M'sian culture suka buat keje last minute! Mulalah semua kaunter2 di LHDN sesak dgn mereka yg nak submit borang. Statement ni aku kurang setuju.. bkn semua benda org nak buat last minute. Kdg2 tu baru dpt info. Bg aku yg kali-1 daftar income tax ni lg la.. Byk sgt version yg org bg. Last2 telefon je 1300883010 utk mendapatkan confirmation. Hahaha.. alih2 kena perli. Ni la dia kdg2 kite manusia ni mmg mudah terleka. Tp sebenarnya aku mmg suka buat keje2 mengisi borang nih. Ahak! Jd kpd sesiapa yg nak employ aku utk mengisi borang silalah... Bayaran dikira per minit.

Thursday, April 29, 2010

Konfrantasi Ended

Konfrantasi berakhir pada hari ke-3.. Mmg betul la kata2 'N' lepas je gaduh pastu bile 'bersama' syoookkkkkkkk gilerrrrrr. Hubby kata nak merajuk selalu. Ahak! Bangga lak ngan performance smlm. Mmg btl la hubby aku tu mmg manja gal. Dia kt w/pun tgh marah tp nak gak aku peluk cium. Ada ke org tgh marah blh manja2 lg. Hai.. kena la aku bermeditasi utk kurangkan baran aku nih. Smlm ptg kat ofis blogger.com dah kena block ngan administrator. Hampeh btl la.. pasni kurang la coretan dlm blog aku. Ni pun ihsan rika yg ada broadband... Thanx rika jasamu kukenang.

Tuesday, April 27, 2010

Renung2 kan

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:


-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Monday, April 26, 2010


Coach Wonder Girls.. Layan je

Wonder Girls with Datuk CR



Three Stooges!

Friday, April 23, 2010

Futsal Lagi..

Huh.. seriau dah ni esok hari penentuan. Ikutkan semlm budak2 ni kt game esok kitorg main liga. Jd kalau ada 5 team kena main 5 game la. Huhu pancit seh. Dah la semlm aku telah mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut. Lom apape dah injured mcm mana la nak main ngan team yg dah mmg ada coach. Tawakal je la...

Thursday, April 22, 2010


So cute




Lovely Couple

My Family


My pinky family

Album

Kwn2 suamiku

Debt Collection...

Today supposed to be the great day of the month coz all the government servants will received their pay cheque. Yup.. but as for we today is the day to settle all the debts. Huhuhu jd brape sen sgt la yg tinggal utk enjoy. Mmg xde!!!! Bile nak kayo nih...

Wednesday, April 21, 2010

Business!

Ermmm.. ptg td training futsal smp jam 7pm dan jam 7.40pm baru smp umah. Blum habis penat kul 9pm hubby dah ajak kite dan kak long g bincang psl bisnes. Mula2 dulu mcm tak berminat tp bile tgk hubby sungguh2 mula la nak join sekaki. Tp xde tokoh pun nak buat bisnes ni. Berangin je customer pun angkat kaki. Hahahaha bisnes confirm jd set up cuma lain2 hal hubby dan kak long yg uruskan. Aku jd mem besar la kot. (Berangan la tuh!) Aku doakan semoga segala usaha dan impian hubby ku dimakbulkan Allah s.w.t. Murah rezeki hubby maknanya aku pun 'mashukkkkkkk'. Ahak!

Tuesday, April 20, 2010

Futsal

Futsal... Tak pernah terlintas utk aku bermain sukan ni. Selalu tgk citer dan dgr je ckp2 org psl main futsal ni. Alih2 sukan Jalsoa thn ni kena paksa main. Surat dah keluar dan ditandatangani oleh bos paling bsr. So xle nak watpe lg la. Dah la tak reti main, alamatnya sepak angin je la kot. Huhuhu thn lepas main bola jaring blh la sb mmg dah teror main masa sekolah lg. Ni main futsal.. rupa kasut futsal pun aku tak kenal inikan bola. Ape pilihan yg aku ada????? Ni tinggal beberapa hari je lg sblum lawan kat Pusat Komuniti Cyberjaya pada 24.4.2010. Hari ni baru nak start training. Blh ker!!!

Saturday, April 17, 2010

Perghhh..

Gambar paling menarik perhatianku setakat ini! Thanks to the cameraman.

Friday, April 16, 2010

Operasi Fail

Hari ni team aku bertugas di bilik fail Segambut. Smlm air mineral yg dibekalkan telah habis. Nasib baik la aku mempunyai kakitangan yg tidak pernah berkira dan sentiasa menurut perintah. Jd hari ni dia telah ditugaskan oleh aku utk membeli beberapa karton air mineral. Kang kami gak yg nak minum. Hehehe pg td sewaktu suamiku pulang kira-kira jam 3am katanya dia terdengar bunyi mcm org masuk umah. Mula la aku tak senang duduk sorang2 kat umah pasni. Dah la suamiku selalu pulang lewat. Selama ni aku tak kisah pun sb dah biasa. Tp bile bab2 pecah masuk umah ni seriau lak. Manusia sebenarnya lebih mengerikan daripada 'hantu, jin @ syaitan'!!! Ada segelintir manusia yg mmg tidak berhati perut. Jd suamiku.. silalah beli atau ambil langkah2 keselamatan demi isterimu yg tercinta. Hehhehe :)

Thursday, April 15, 2010

Stresssss

Hishhhh.. dua tiga hari ni tension btl ngan bos kecik aku nih. Semua yg aku ckp xnak dgr pastu membebel je manjang taknak buat. Lantak la org da nasihatkan tp xnak dgr sudah. Bile Dato' ckp ngan kite suh smpkan kat dia pun tak puas hati gak nape Dato' tak ckp sendiri ngan dia. Dah tu sape la aku nak bgtau Dato' aku taknak smpkan pesanan dia. Ye la sape aku kan nak memerintah dia plak. Dia bos aku macai keje bawah telunjuk dia. Sure la moto kite kakitangan kerajaan ni "Saya yang menurut perintah". Kalau taknak buat ckp la sendiri ngan Dato'. Huh.. to be continued.... I really20x need a vacation.

Wednesday, April 14, 2010

Big Breakfast

Hari ni turn aku pulak bawa breakfast.. hehehe seperti biasa speciality aku satay. Tp bukan satay samuri la. Ni satay yg hubby aku order utk jamu tetamu mkn masa wedding reception kami. Sedap seh.... rasanya dah berminggu2 aku makan sb masa reception hari tu xdpt mkn. Almaklum la PENGANTIN BARU la katakan. Pastu siap buat mached potato dan sweet corn la. Tp corn yg aku rebus tak sweet pun. Ermmmm salah aku ker salah corn tu!!!! :) So my fren jom kite enjoy... Utk suamiku yg tercinta hari ku bekalkan western breakfast ye.. tp ada tambahan hot dog and thousand island sauce. Sorry la syg tu je yg sempat. Bgn pun da pukul 4.30am mamai lak tuh. Hehehe

Tuesday, April 13, 2010

Akhirnya...

Tanggal 12 April 2010 akhirnya aku buat juga blog sendiri. Agak mudah juga la. Tp belum bgtau sesiapa lg. Maleh la... Seronok gak bile time nak customized blog ni. Tercari-cari background mana yg cun akhirnya dpt yg purple. Thank to shabbyblog.com. heheheh