Seminggu sudah tak hapdet blog.. bukan sebab kekangan masa tp kekeringan idea. Keje kat ofis belum menuntut perhatian lebih masa al maklum la baru balik cuti bersalin. Bicara penuh pun 4-5 kes je dalam bln ni. Yg pasti gossip2 hangit tetap ada. Kerisauan melanda setiap kali mendengar T.O. Sape keluar sape masuk dan ke mana pula arah diri ini selepas ini. Doaku tak putus2 supaya tidak dipisahkan daripada keluarga. Yg pasti anak2 semestinya bersama denganku sepanjang masa jika ditakdirkan terpaksa bertugas jauh diperantauan. hukhuk :(
Melissa pula semakin membesar dan akan menjangkau 2 tahun dlm 3 bln lagi. Kejap je masa berlalu. Ikutkan hati mama sentiasa nak mel di tahap ini sb seronok tgk keletah anak mama. Semlm sambil bermain dgn basikal baru mama tanya mel
Mama : Siapa syg mama?
Mel : Chaaa
Mama : Siapa syg Melissa?
Mel : Abahhhh
Mama : x(*^&U*^@#!!
Bergaya dengan basikal baru ...
Adik Musyrif pula mmg semakin lasak.. Dah berguling-guling pastu bila penat melalak. Kan best kalau penat terus tido. Hehehe demand lak mama ek. Sekarang kena berhati-hati sikit dengan kakak mel sb bila terleka je tau2 musyrif menangis sb kakak mel buat. Kadang2 kakak suap mkn la pastu dukung adik la dan tarik bantal adik. Cepat la beso dik nanti boleh buli kakak ek. Gambar2 Musyrif tak byk untuk mama upload. Dulu masa kakak mel mmg rajin skit mama amik gambar. Sekarang ni mmg dah tak sempat.. balik keje nak melayan kerenah 2 anak kecil yg sentiasa menuntut perhatian. Namun mama sedaya upaya akan merakamkan saat2 adik Musyrif meniarap, duduk, berjalan etc ye sayangggg..
Muahhhhh miss u oalls..