Wednesday, July 13, 2011

Insomnia


Insomnia iaitu sejenis penyakit sukar utk tidur. Ingatkan org dewasa je yg kena rupanya anak2 kecil pun ada..(Pandai2 je buat fakta sendiri) Hari Isnin lalu mama terpaksa EL sb lil Mel tak nak tido semenjak hari Ahad. Agaknya sb byk tido sgt hari Sabtu tu. Natijahnya lil Mel failed and/or refused to sleep selama 2 hari. Main je dah jam 2-3am pun masih nak main. Mama pula yg terkebil-kebil mengantuk nak tido. Yg buat mama risau bkn sb lil Mel taknak tido tp sb lil Mel menangis tak hingat nye bile nak tido mcm kena dera. Serba serbi tak kena smp kan serak2 suara lil Mel berkaraoke.. Bile dah tertidur 1/2 jam mesti lil Mel terbangun dan menangis. Adussss mmg mati akal mama tp bile bg mainan terus senyap main sendirian. Dah tu takkan mama nak biar lil Mel sendirian melayan perasaan pagi2 buta tu.

Terus la lil Mel dibawa berubat ptg Isnin tu .. dapat air penawar utk dimandikan selama 3 hari. Mlm tu lil Mel boleh tido tp itu bknnya tugasan yg mudah. Lil Mel tetap menangis meraung bak kena dera. Agaknya bile dah penat tertidur sendiri. Alhamdulillah hari ni rutin tidur lil Mel sudah kembali normal. Tidur dlm baby cot dia tu punyalah lasak siap tergolek-golek lagi. Suka hati lil Mel la nak tido mcm manapun asalkan tak keluar dari baby cot tu. Hehe dan Mama berdoa agar lil Mel dan semua umat Nabi Muhammad s.a.w sentiasa dilindungi olehNya. Mmg ini lah dia dugaan yg perlu ditempuhi oleh semua ibu2 di atas muka bumi ini.

Namun apabila melihat anak2 (coming soon) hehehe membesar dgn sihat dan apabila mendengar gelak tawa lil Mel terubat semua penat lelah. Berbaloi-baloi semua pengorbanan tu dan rasa syukur yg tidak terhingga. Inilah ANUGERAH yg tidak ternilai. Permata hati ayahanda dan bonda.

p/s: Tinggal 4 hari je lagi lil Mel akan mencecah usia 6 bulan. Nampaknya mama kena buka buku resepi dah ni utk sediakan makanan lil Mel. Dah boleh makan solid food dah anak mama. :)



Ho Chak!


No comments:

Post a Comment