Saat ini kedua anakku sedang lena tidur barulah rasa bernafas sikit untuk berehat seketika membuat kerja-kerja tertangguh. Semua hutang-piutang yg perlu dijelaskan secara online telah selesai walaupun sedikit lewat. Kalau kat ofis tu senang sikit sebab boleh concentrate.
Mcm2 benornya nak diluahkan cuma tak larat je hahaha baru anak 2 org. Yg kakak wpun baru 1 1/2 tahun da boleh membantu mamanya. Kakak.. buang pampers adik. K mama itulah jawapannya. Terharu sungguh walaupun adakalanya kakak mengaruk tak tentu pasal. Sekarang ni makin keletah belajar bercakap. Semua yg orang buat diajuknya. Kisah adik tak berapa byk lg cuma biasa la kalau adik dera mama tak mahu tido dr jam 2am smp 7am. Dah 2 hari berturut adik tak mau tido time tu. Jenuh dodoikan tak jalan gak. Siangnya tido bagai nak rak (agaknya sb masa mengandung selalu tido siang). Mama lak siang xle nak tido byk urusan rumah perlu diselesaikan. Itupun nasib baik babah hantar kakak ke rumah pengasuh dan ptg atoknya pula amik.
Sape kata time pantang boleh berehat.... tak dok pun tak cukup tido ada la. Hahaha adat la bila dah ada anak2 kecil kan. Alhamdulillah kali ni nekad beri susu badan secara ekslusif kepada Musyrif dan setakat ini berjaya. Adakalanya stress bila nak buat stok susu tak cukup. Musyrif pun agak kuat menyusu. Khamis lepas cukup usia anak mama 1 bln. Berat bila ditimbang 4.5kg huhhhhh biasa je kan. Alhamdulillah anak mama sihat membesar dan tiada kebimbangan setakat ini.
Keterujaan untuk kembali bekerja pada bln September ini kian pudar. Sahabat2 karib semua dah mula berpisah. Rika nak sambung belajar dan Nad pula nak jd org Thai. Hahaha bosan la pasni bak kata Nad "fellowship of the ring has been broken". Tinggal la beberapa kerat je geng2 nak beronggeng. Huhuhu..
to be continued...
No comments:
Post a Comment