Tuesday, November 12, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Short Trip to Colmar Bukit Tinggi
Sejuk mata memandang.. bumi hijau
Budak nak melaram je keje..
Org piknik atas tikar.. kita piknik atas keta babah ;)
Garangnya musyrif tu..
Tugas mengendong anak2 mmg utk mama .. hehe
1st pitt stop.. Animal farm
Babah test skill memujuk
Semua penakut.. tgk dari jauh je.
Lil Mel ngan Rabbit..
Main gelongsor jap..
Suka betul lil Musyrif tu..
Buai laju-laju..
(adik musyrif tu apa pesen lak naik buai gitu)
Monday, September 2, 2013
My Bambam..
Alhamdulillah.. masih diberikan ruang masa bernafas dan menikmati kebesaran kurniaan Illahi yang tak terhingga ini.
Tuesday, August 27, 2013
Musyrif Tonyok
3 of us
Tgk mulut tu... leh sangkut hanger da!
Smp mood tonyok.. mana2 pun dia buat.
Da habis buat mulut tonyok dia tunjuk perut pula..
Incredible Hulk ke..?
Alhamdulillah semlm tanggal 26.8.2013 genaplah usia Musyrif 1 thn 2 bln.. Dah laju da jalannya. Alamat tak terkejor la Mama pasni. Hehe tu la bila anak dok merangkak dok heboh suh berjln. Bila da berjln dok heboh plak suh dok diam. Apapun Syukur ke HadratNya atas limpah kurnia cahayamata penyeri rumahtangga yang tak terhingga nilainya.
Wednesday, August 14, 2013
Riang Ria Aidilfitri 1434H
Keluarga Mohamad Bin Hussin
Keluarga Mahathir Bin Mohamad
Mama dan bambam
Mama dan lil princess
Alhamdulillah.. keriangan Aidilfitri masih terasa walaupun babah n mama bekerja dan tidak mengambil cuti Hari Raya. Babah pula standby jadi mmg kita sekeluarga tak ke mana-mana. Pagi raya seperti biasa kita semua akan ke Kg. Sungai Raya .. ecewah padahal sekangkang kera je dari umah kita. Tp sb namanya Kg. terasa la skit mcm balik kg. Hehe best sgt2 sb semua ada untuk berkumpul. Mak Lang pun smp awal dari Johor. Atok Mat lagi la mmg sibuk merendang bagan dan seperti biasa tip top la. Huh lepas bersalaman berciuman dan bermaafan terus kita sekeluarga ke umah Opah plak. Pastu babah pergi keje sb da ada call. Tinggal la mama anak-beranak dan kita pun beraya pula ke rumah nek Nani kat Selayang je pun. Hehe.
Raya kedua lagi meriah sb keluarga Tok Lang dan Cik Bitah dtg bertandang ke Kg Sungai Raya. Usai menjamah santapan tengahari lengang sikit sb kaum lelaki semua menunaikan solat Jumaat. Nasib baik Babah tak ketinggalan berkumpul bersama. Ptg tu Atok Mat dan Mak Lang semua dah balik ke Semenyih sb Mak Lang akan pulang ke Johor pagi Sabtu. Mak Long pula bermalam di rumah kita jadi dpt la teman berkawan si Musyrif dan Mel. Mama tak sempat la nak masak bagan jadi order je Pizza Hut. Seronok gak la melantak sb da bedal rendang ketupat selama 2 hari jadi mlm tu raya pizza pula. Hehe Pagi Sabtu mel n sepupu sepapatnya terjun swimming pool. Sian Wak Long melayan wpun sejuk2 kedingan air di pagi hari.
Wednesday, July 31, 2013
Iftar di Hj. Shahrin Low Bangi
HAJI SHARIN LOW, SG MERAB, BANGI
Lot 5072, Wisma Arma, Jln sg. Merab, Pinggiran Putrajaya
Tempahan: 017-2480092/012-3731999
Menu berbuka set C for 6-8 pax
Geng UiTM Dihatiku..
27.7.2013 menjadi juga iftar yang dirancang last minit.. thanks to the organiser merangkap org yg booking tempat makan Hj. Sharin Low ni iaitu Amara Abu. Hehehe good job beb so next time am lagi la yg organised. Nasib baik am da booked .. punya la penuh restoran tu xde nyer nak walk-in utk berbuka. Semua org book siap order makanan terus masa booking. Kami plak da smp baru belek menu hehe. Restoran Hj Shahrin Low byk cawangan tp kami pilih cawangan Bangi ni sb berdekatan dengan tmp tinggal geng2 kecuali fir dan am la terpaksa berkorban dtg dari jauh. Tu pun sb kebetulan fir turun KL jadi dpt ler berlibur sementara masa masih ada. Setakat fir n am tu mmg selalu kitorg jumpa. Tp Hajar dan Shahliza Idayu mmg payah nak ketemu wpun sorang dok Bdr. Tun Hussein Onn dan sorang lagi kat Saujana Impian je. Bak kata org yg dekat lagi jauh. Yg jauh plak dekat hehe.
Nak dijadikan citer.. mokcik mmg tak penah la gi restoran ni. So tmp tu mmg tak biasa so plan la gi secara car pool. Mula2 amik Hajar pastu amik fir dan am da menunggu kat umah fir. Driver seperti biasa mmg mokcik ler tp navigator yg lagi 3 tu. Haaa beria la semua kuar gps menatang etc tp sesat barat. Haha sb alamat tertera Sg. Merab Pinggiran Putrajaya so kami pun melalui Putrajaya sg merab luar bagan tp tak ketemu juga. Last2 Sha yg sampai dulu. So dia plak jadi navigator. Benornya Hajar agak2 tahu tmp tu tp tak sure. Bila da smp mmg btl pun ckp Hajar tmp tu berdepan je dgn tmp dia selalu beli pokok bunga. Mmg tak jangka la tmp tu leh terletak dlm kawasan perumahan tetiba ada bgn perniagaan plak. Nak senang ikut jln nak ke UNITEN mmg terus melalui restoran tu.
Restoran ni juga menyediakan surau utk pelanggan jadi tak payah susah2 nak cari masjid. Surau nya tak la beso jd gilir2 la ye menunaikan ibadah tu. Mokcik n fir memilih utk mkn buah tamar dulu dan terus solat maghrib sb tak nak sesak dgn org. Lgpun nanti bila solat dgn perut penuh mmg mokcik tak kusyuk. Hehe
Makanan kat restoran ni ok la biasa2 saje. Tp ada satu dish tu sayur kacang grg dgn telur asin mmg terbaek la. Gambar mokcik tak dpt amik sb dia anto semasa kami sedang menunaikan solat maghrib. So bila smp mmg da hampir licin sb kesedapannya terserlah hehe. Yg lain2 tu ok la. Tp agak mengecewakan mokcik order softshell crab tp da mcm sotong grg tepung plak gayanya. Hehe takpe la belum ketemu yg dpt membangkitkan nafsu mkn. Tp yg penting tujuan iftar tersebut adalah utk mengeratkan silaturrahim sambil update perkembangan diri dan geng2 yg lain setelah sekian lama tak ketemu. Ada antara kami yg hampir 6 thn baru jumpa. Wpun sesama dok area kajang. Huda pun join juga tp dek kerana kejar masa so dia tak dpt bergambo beria ngan geng2. Takpela janji dpt jumpa ye dak.
Monday, July 22, 2013
Musyrif @ 1 yr old
Selamat Hari lahir
Musyrif Bin Mahathir
26.06.2013
Alhamdulillah, usia anak bujang Mama ni genap setahun pada tanggal 26.6.2013. Sebaik sahaja pulang dari BKK kita sambut kecil-kecilan je birthday Mucip ni hehe. Tu pun opah yg beria nak beli kek. Mama buat dek je sb tau musyrif masih belum mengerti makna kek n tiupan lilin tu hehe. Kalau boleh tak mahu biasakan celebrate birthday ni. Kang esok dah beso demand mcm-mcm. Utk tidak mengecewakan opah, Mama pun keluar beli kek. Kecik gitu pun da rm35. Nak sedap secret recipe la tp mcm tak berbaloi je nak mkn setakat anak-beranak keluar rm80. Kalau jemput sepupu sepapat semua mmg seronok tp bukan itu tujuannya. Kakak mel la yg beria potong kek. Musyrif tgk je terpana dengan alunan cahaya lilin. Skrg baru berkesempatan Mama nak coretkan dlm blog ni. Genap Musyrif 1 thn 24 hari bersamaan dengan 12 Ramadhan 1434H Musyrif mula berjinak-jinak utk melangkah. Dapat la 5 langkah tanpa sokongan pastu terasa bontot berat dia duduk balik. Hehe budak bulat kesayangan Mama ni... Terima kasih Ya Allah atas kurniaan amanahMu yang tidak terhingga ini. Moga anakku Musyrif Mahathir diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dibawah lindunganMu dan menjadi anak yang soleh serta berguna buat agama, bangsa dan keturunannya.
Thursday, July 11, 2013
KUL - BKK
Day 1 :
Check-in Hotel
Hotel SShukumvit Suites adalah tmp penginapan kami sekeluarga selama 4 mlm semasa di Bangkok ni. Selebihnya kitorg tumpang kat umah Nad ler hehe (jimat kos oo). Hasrat ke Bangkok kesampaian jua dan dpt la menjengah rakan yg telah setahun kat bumi Bangkok ni. Kebetulan Puan Nadiah Nad kita ni baru je dpt cahayamata ketiga. Alhamdulillah selamat dilahirkan di bumi Bangkok. Nasib baik tak kena jadi bidan bila smp sana hehe. Jejak kaki ke Bangkok ni pun kami terus ke rumah Nad. Esoknya lepas isi perut ngan nasi lemak Nad dgn yg sambalnya sgt dirindui hehe tu baru kitorg check-in hotel. To be honest hotel penginapan kitorg ni ok la tp tak sesuai utk famili yg travel dgn anak2 kecil. Terletak di kawasan yg sgt sibuk ala2 Bukit Bintang gitu. Mmg terkenal dgn nightlife yg meriah sb berhampiran dgn Soi Cowboy. Ni tmp yg byk pub la.. bila byk pub paham2 ler mmg ramai perempuan ehem2. Lgpun kota Bangkok ni benda2 gitu bukan lah satu kesalahan. Mokcik xde la menjengah ke tmp tu pun. Babah n ucu epul je gi konon nak cari tmp massage. Babah kt org Arab mmg ramai kat situ sb blh minum tanpa segan silu. Huh...
Sebab utama pemilihan hotel tersebut sb review kat Agoda yg mengatakan hotel ni sgt hampir dgn BTS. Kalau kat M'sia kira LRT la. Kononnya nanti mudah la ke mana2 sb guna pengangkutan awam. Sudahnya bila nak balik selepas selesai membeli belah naik teksi gak. Takde maknanya dgn barang berbondong-bondong ngan stroller tu nak naik turun BTS. Kalau nak gi tu blh ler sb melenggang lg. Mmg hotel tu terletak betul2 dibawah landasan LRT. Tp tak dgr pun bunyi train. Kawasan Sukhumvit ni juga susah nak cari makanan halal. Shopping Mall Terminal 21 terletak bersebelahan dgn hotel S Sukhumvit ni tp sepanjang dok situ xde pun kami jengah Terminal 21 tu. Dah beberapa kali ajak babah tp babah kt gi tmp yg jauh dulu sudahnya mmg tak gi langsung. Tp xde la ralat sgt tak gi pun.
MBK - National Stadium
Pas check-in terus gi National Stadium sb babah nak survey jersey. Dr station National Stadium tu melalui MBK dulu tp babah nak gi survey barang dia dulu. So kami pun menapak la ke bhg belakang stadium tersebut. Bukan main jauh lg kalau tau mmg naik tuk tuk je. Lil Mel mmg suka la naik train tu.. gambo pun bukan main lg hepi je. Pas survey jersey kitorg gi MBK tp dgn menaiki tuk tuk la. Kos RM5 berangkut la semua sekali. Kalau naik tuk tuk tu xde la rasa jauh sgt pun tp nak berjln mmg surrender la.
Day 2 :
Pratunam Market
Platinum Mall
Pratunam Market dan Platinum Mall ni berdepan antara satu sama lain. Jd mmg blh pegi dlm sehari je. Masa kat Pratunam Market ni lil Mel meragam jadi tak lama la dok ronda kat pratunam market ni. Niat nak cari seluar n cardigan pun terbantut sb lil Mel meragam. Sudahnya terus lintas jln gi Platinum Mall. Bila kat Platinum Mall dah masuk air-con , lil Mel terus lelap dlm stroller. Sebelum tu mmg huru hara la sama la dgn lil Musyrif yg tak mau org lain dukung selain Mama dia. Mmg betul la ckp Nad Pratunam Market tu elok gi sendirian dgn budak2 mmg payah. Lg pun jln sempit dan panas. Memandangkan anak2 Mama mmg xle berenggang ngan Mama jadi terpaksa la lupakan niat nak meronda kat Pratunam Market tu.
So bila kat Platinum Mall keadaan tenang sedikit tp tmp tu mmg sesak dgn orang la. Platinum Mall ni menjual barangan secara wholesale tp blh je beli satu. Cuma kalau lebih dr 3 helai mmg rega murah skit. Kat sini Mama memborong gaun cotton budak. Hampir 20 pasang la mama borong. Senang anak2 buah mmg byk perempuan so bg je ole2 gaun cotton tu. Gambar tak sempat amik sb tgh kepit Mucip. Hehe semua gambar pun benornya babah n ucu epul yg snap. Mama mana ada masa nak belek telefon snap2 ni. Oleh sb masa mama cari baju budak, babah n ucu pun sibuk survey baju t-shirt marvel diorg so xde org nak layan snap gambar mama shopping.. hehe. Babah pun dapat cari barang utk buat niaga kat Platinum Mall ni. Senang gak cara penghantaran dia. Kalau barangan tidak melibatkan duti eksais n kastam lagi mudah la. So babah terus je ngan niat nak jual couple t-shirt. Sesuai la utk belia K-pop skrg. Hehe kualiti kain mmg mantoppp. Berbaloi la.
Day 3 :
Damnoen Saduok Floating Market
Day 4 :
Chatuchak Market
Day 5 :
Asiatique Riverfront
Gambar di atas di ambil pada mlm terakhir kami di kota Bangkok. Walaupun penat sb pagi - ptg dok shopping di Platinum Mall tp mmg best kat Asiatique Riverfront ni. Tu pun Nadiah Nad yg rekomen. Ingat last shooping kat Platinum Mall la rupanya kat Asiatique ni pun berabis gak hehe. Gara-gara gi kat Naraya. Beg kain kat Naraya ni mmg cantik-cantik belaka. Sesuai utk letak telekung etc. Rambang mata nengok tp bak kata Nad stok dia ikut musim gak. Kalau musim tu cantik mmg berbaloi. Time kitorg gi design blh tahan gak tu yg memborong sakan tu. Souvenir kat sini pun tak la mahal sgt tp kena pandai cari la. Asiatique ni mcm kat Central Market. So da terlanjur nampak gondola beso ni kitorg anak beranak pun naik la. Hehe kat Bangkok benda ni dipanggil Mekhong kalau M'sia dulu Eye of Malaysia.
Serius mmg kota Bangkok tmp utk menghabiskan wang ringgit. Apatah lg kalau shopping baju budak-budak. Kami sekeluarga + epul (adik ipar merangkap babysitter) hehe kat sana seminggu. Tp 7 hari (including travelling day) tu mmg tak cukup nak meronda seluruh kota Bangkok. Byk je yg ketinggalan tp bab shopping kat tmp yg dlm list mmg tercapai la. Paling best dpt gi Damnoen Floating Market tu mmg kagum la dgn budaya org Thailand yg gigih bekerja mencari rezeki.
Serius mmg kota Bangkok tmp utk menghabiskan wang ringgit. Apatah lg kalau shopping baju budak-budak. Kami sekeluarga + epul (adik ipar merangkap babysitter) hehe kat sana seminggu. Tp 7 hari (including travelling day) tu mmg tak cukup nak meronda seluruh kota Bangkok. Byk je yg ketinggalan tp bab shopping kat tmp yg dlm list mmg tercapai la. Paling best dpt gi Damnoen Floating Market tu mmg kagum la dgn budaya org Thailand yg gigih bekerja mencari rezeki.
Antaranya : MBK (2x) 1st time tak beli apa pun tgk2 je. Gambo xde sbsibuk shopping
Platinum Mall (2x pegi ek) bestt ooo borong baju budak perempuan.
Chatuchak Market (paling byk membeli siap kena beli beg roda plastik lagi)
Bobay Market (mek ngan anak2 tak gi la - babah n epul je gi)
Damnoen Floating Market
Asiatique The Riverfront
Special thanks to Nadiah Nad for the great hospitality and warmed welcome. Sure gi lg pasni. Hehe to be continued...
Ni gambo dak ziyad peluk lil Mel. Hehe baru je ziyad nak mesra2 auntie Muz da nak balik. Ziyad ni mmg payah dgn org pompuan kecuali ummi dia ler. Hehe Kemain payah nak suh pose peluk ni tau. In shaa Allah panjang umur dan ada rezeki kami menyusul lagi ke kota Bangkok. tu pun sebelum puan Nadiah Nad berangkat pulang ke tanah air ler..
Day 6 :
Chatrium Residence
Ni gambo dak ziyad peluk lil Mel. Hehe baru je ziyad nak mesra2 auntie Muz da nak balik. Ziyad ni mmg payah dgn org pompuan kecuali ummi dia ler. Hehe Kemain payah nak suh pose peluk ni tau. In shaa Allah panjang umur dan ada rezeki kami menyusul lagi ke kota Bangkok. tu pun sebelum puan Nadiah Nad berangkat pulang ke tanah air ler..
Subscribe to:
Posts (Atom)