Monday, July 22, 2013

Musyrif @ 1 yr old


Selamat Hari lahir 
Musyrif Bin Mahathir
26.06.2013

Alhamdulillah, usia anak bujang Mama ni genap setahun pada tanggal 26.6.2013. Sebaik sahaja pulang dari BKK kita sambut kecil-kecilan je birthday Mucip ni hehe. Tu pun opah yg beria nak beli kek. Mama buat dek je sb tau musyrif masih belum mengerti makna kek n tiupan lilin tu hehe. Kalau boleh tak mahu biasakan celebrate birthday ni. Kang esok dah beso demand mcm-mcm. Utk tidak mengecewakan opah, Mama pun keluar beli kek. Kecik gitu pun da rm35. Nak sedap secret recipe la tp mcm tak berbaloi je nak mkn setakat anak-beranak keluar rm80. Kalau jemput sepupu sepapat semua mmg seronok tp bukan itu tujuannya. Kakak mel la yg beria potong kek. Musyrif tgk je terpana dengan alunan cahaya lilin. Skrg baru berkesempatan Mama nak coretkan dlm blog ni. Genap Musyrif 1 thn 24 hari bersamaan dengan 12 Ramadhan 1434H Musyrif mula berjinak-jinak utk melangkah. Dapat la 5 langkah tanpa sokongan pastu terasa bontot berat dia duduk balik. Hehe budak bulat kesayangan Mama ni... Terima kasih Ya Allah atas kurniaan amanahMu yang tidak terhingga ini. Moga anakku Musyrif Mahathir diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dibawah lindunganMu dan menjadi anak yang soleh serta berguna buat agama, bangsa dan keturunannya.

No comments:

Post a Comment