Friday, January 18, 2013


Lil Melissa turns 2 
17.01.2013

Tuesday, January 15, 2013

TNB APC 2012

Alhamdulillah.. Luas rezeki babah. Tanggal 15.01.2013 babah telah dianugerahkan dengan tempat pertama untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat kebangsaan. (Bagi warga TNB la..) hehe. Sungguh tidak dijangkakan rezeki datang bergolek. Hadiah wang tunai juga lumayan... yeayyyy babah sponsor bday lil Mel. Lusa genap lah 2 tahun usia puteri kami Melissa Sofia Mahathir. Moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan melindungi babah dalam menjalankan kewajiban sebagai umatnya.

1st Prize

Mel kata encem babah tatak...

Monday, January 14, 2013

Kuching Sarawak Trip

Day 1 : 05.01.2013

Hari pertama di Kuching tak dapat berjalan sangat. Plan pagi2 Sabtu nak ke Pasar Serikin sb pasar ini hanya dibuka hujung minggu. Perjalanan dari bandar Kuching mengambil masa dlm 1 jam 15 min dan terima kasih atas bantuan google map kami tak sesat barat walaupun signage untuk ke Pasar Serikin ni tak banyak.

Lil Mel pula demam setibanya di bandar Kuching mungkin terkujat naik kapal terbang. Nasib baik la ubat semua mmg dah spare untuk masa kecemasan mcm ni. Tidak jenuh nak cari klinik pula. Jadi meragam je la dia sb kurang selesa. Pasar serikin ni  menjual barangan daripada Indonesia sb ianya bersempadan. Takde benda pun yang kami beli sb harganya pun agak mahal lebih kurang kat KL je. Byk la telekung dari Indonesia yg cantik2 tp mahal. Sudahnya duit terbang sb membeli topi budak2 , payung dan air minuman sb panas gilerrrr...

Mmg dah baca entri pasal pasar serikin ni kalau pegi kena gi pagi2. Kami sampai dalam jam 11am tp mmg panas. So tak singgah lama pun sb lil Mel dah meragam. Dalam perjalanan pulang, singgah jap kat Tasik Biru pastu g makan kat Bukit Emas (ala2 R n R gitu). 

Pasar Serikin

Panas banget

Budak tonyok sb demam

Tasik Biru







Day 2 : 06.01.2013

Hari kedua baru dapat berjalan sakan sb lil Mel dah sihat sikit. Usai je breakfast terus ke Petrajaya untuk membeli kek lapis. Pastu byk la aktiviti yang dijalankan sepanjang hari kedua di Kuching.



Memborong kek lapis Dayang Salhah

Baca entri org kek lapis sini yang sedap.. so bedal la

Rehat jap selepas selesai membeli kek lapis

Lil Mel melaram dgn shades Babah..

Mucip baru bgn tido hepi jer.. 

Dewan Undangan Negeri S'wak


Astana

Gunung Santubung

Pemandangan laut di Kg. Santubung

Menikmati bayu laut di kaki Gunung Santubung

Kg. Budaya S'wak



Air terjun gunung Santubung

nature






Tak sah gi Kuching kalau tak amik gambar dekat tugu kucing ni.. hehe








Shopping souvenir kat bazaar depan Waterfront..
rambang mata semua FM cute2


Mel pun sibuk pilih fridge magnet..

Main2 di Waterfront


Bubble time

Dinner kat sini.. tp gambar mlm tak nampak so amik gambar siang.
Tmp: Kg.Boyan


Day 3 : 07.01.2013

Hari ketiga baru dapat berjalan lagi, pagi lepas breakfast tu terus ke pasar Satok beli ikan terubuk masin S'wak. Punya la ramai orang masa hari Ahad tu smp sesak jln menuju ke pasar sb ada pasar tani. Pasar satok telah berpindah ke medan niaga satok bermula bulan Jan 2013. Mula2 mmg nak pegi hari Ahad tp niat dibatalkan sebab jln sesak. Kwn babah kata kalau setakat nak beli ikan terubuk tu hari biasa pun boleh. Yg orang sesak time weekend tu sb nak gi pasar tani, jadi kami pun beredar. Hari ketiga baru gi pasar Satok tp gambar xde sb time ni mama, opah dan mel je yg gi. Babah dok dlm keta jaga mucip tido. Jurukamera note 2 xde hehe. 

Apa lagi, kami memborong ikan terubuk masin dengan rempah Laksa Sarawak. Mama belum test lagi masak laksa  S'wak guna rempah tu tp ikut testimoni rakan terdekat mmg sedap. Ikan terubuk masin tu mmg terangkat lah.. Nyesal tak beli byk untuk umah sendiri. (mcm la rajin benor nak masak :P)

Pas gi psr tu kami ke waterfront semula untuk naik cruise. Kalau ikutkan cruise yang besor reganya RM 60 per pax untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Mahal la bebenor, babah nak belanja naik cruise tp rasa mcm tak berbaloi je RM180 untuk 3 org dewasa. So kami pun batalkan niat nak naik cruise. Gambar di bawah ni adalah S'wak River Cruise yang sebenar.


Photos of Sarawak River Cruise, Kuching


Sudahnya kami jalan2 sepanjang waterfront tu, alih2 terserempak dengan S'wak River Boat RM 20 je per pax untuk dewasa. Tp tgk bot dia mcm gayat je nak naik. Opah pun tak nak naik sb ala2 bot penambang je.  So kitorg bergambar je kat banner S'wak River Boat. (Lupa amik gambo bot)


Tetiba ada pakcik ni suggest kat kitorg naik S'wak River Taxi Cruise. Fare pun tak mahal sgt, rupanya pakcik tu adalah driver river taxi tu. Xde org pun naik hanya kami sekeluarga. Best la gak.. buat ape bayar mahal2, laluannya cruise tu pun sama je ngan taxi ni. Cuma beza mungkin cruise tu ptg sambil tgk sunset dan disajikan makanan ringan. Ada juga bot ala2 kat The Mines tu tp xtau berapa rega dia. So bertepatan dengan moto "Now Everyone Can Cruise", kami pun dpt tgk pemandangan yg tak seberapa di sepanjang Sungai S'wak. Kalau cruise kat Melaka tu mlm2 cantik sb rumah2 di tepian semua dihias rapi dgn lampu berwarna-warni. Tp yg ni xde la mcm tu setakat tgk kapal je..

Sarawak River Taxi Cruise







Kitorg je yg naik.. hoorey

mcm couple hangat bercinta je kan.. jeles mama

Jauh renungan lil mel..


Ecewah.. sempat kerling kat Babah ek.

Day 4 : 08.01.2013

Ok dah tak tahu nak pegi mana so pas check-out hotel  kitorg pegi semula shopping di Bazaar Waterfront tu. Flight balik jam 8.30 mlm so banyak masa lagi untuk jln2. Hari terakhir babah la pula yg shopping. Tp beli kasut boot Dr. Martin rega mahal bebenor. Kata babah kat KL lagi mahal kira dpt murah la kat Kuching ni. Mak ai jauh betul gi beli kasut hehehe. Pastu kitorg g jln2 kat muzium lak. Ada byk muzium dia tp ni je yg larat mama gi sb mucip pun tido dgn lenanya so kena teman mucip dlm keta la. Babah yg bawa lil mel ronda2 muzium.


Muzium Seni
Admission Fee : FREE of charge

Babah suh senyum dia buat mulut tonyok lak..

mcm orang tgh bercinta je...



Mel naik meriam.. (bantal bucuk tak tinggal) haha

Pas gi muzium, lunch kitorg singgah dekat Plaza Merdeka shopping kompleks makan Secret Recipe. Pastu pusing2 kat Petrajaya dan tak tahu nak gi mana so babah pun bawa gi Serian di mana kami pergi ke Jong's Crocodile Farm. Masa tu dah jam 4.00 pm dan tempat tu tutup jam 5.00pm. Ermmm, memang tak berbaloi sb bayaran masuk RM 16.00 seorang. Bukan ada apa pun.. buaya semua atak bergerak sb tido kekenyangan. Kalau nak tengok Croc feeding kena dtg jam 11am@3.00pm. Jadi time kami masuk mmg semua buaya tgh kekenyangan sb tu la tidoq je semua. Tp seriously tak berbaloi gi croc farm tu. Baik la gi Zoo Melaka dan tmn buaya kat Melaka tu. Hehehe

Jong's Crocodile Farm

Admission Fee :
Adult : RM 16.00
Children (2 yrs onwards) : RM 8.00 


Muka keletihan...

Last pic of the day in Kuching.