Monday, January 14, 2013

Day 3 : 07.01.2013

Hari ketiga baru dapat berjalan lagi, pagi lepas breakfast tu terus ke pasar Satok beli ikan terubuk masin S'wak. Punya la ramai orang masa hari Ahad tu smp sesak jln menuju ke pasar sb ada pasar tani. Pasar satok telah berpindah ke medan niaga satok bermula bulan Jan 2013. Mula2 mmg nak pegi hari Ahad tp niat dibatalkan sebab jln sesak. Kwn babah kata kalau setakat nak beli ikan terubuk tu hari biasa pun boleh. Yg orang sesak time weekend tu sb nak gi pasar tani, jadi kami pun beredar. Hari ketiga baru gi pasar Satok tp gambar xde sb time ni mama, opah dan mel je yg gi. Babah dok dlm keta jaga mucip tido. Jurukamera note 2 xde hehe. 

Apa lagi, kami memborong ikan terubuk masin dengan rempah Laksa Sarawak. Mama belum test lagi masak laksa  S'wak guna rempah tu tp ikut testimoni rakan terdekat mmg sedap. Ikan terubuk masin tu mmg terangkat lah.. Nyesal tak beli byk untuk umah sendiri. (mcm la rajin benor nak masak :P)

Pas gi psr tu kami ke waterfront semula untuk naik cruise. Kalau ikutkan cruise yang besor reganya RM 60 per pax untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Mahal la bebenor, babah nak belanja naik cruise tp rasa mcm tak berbaloi je RM180 untuk 3 org dewasa. So kami pun batalkan niat nak naik cruise. Gambar di bawah ni adalah S'wak River Cruise yang sebenar.


Photos of Sarawak River Cruise, Kuching


Sudahnya kami jalan2 sepanjang waterfront tu, alih2 terserempak dengan S'wak River Boat RM 20 je per pax untuk dewasa. Tp tgk bot dia mcm gayat je nak naik. Opah pun tak nak naik sb ala2 bot penambang je.  So kitorg bergambar je kat banner S'wak River Boat. (Lupa amik gambo bot)


Tetiba ada pakcik ni suggest kat kitorg naik S'wak River Taxi Cruise. Fare pun tak mahal sgt, rupanya pakcik tu adalah driver river taxi tu. Xde org pun naik hanya kami sekeluarga. Best la gak.. buat ape bayar mahal2, laluannya cruise tu pun sama je ngan taxi ni. Cuma beza mungkin cruise tu ptg sambil tgk sunset dan disajikan makanan ringan. Ada juga bot ala2 kat The Mines tu tp xtau berapa rega dia. So bertepatan dengan moto "Now Everyone Can Cruise", kami pun dpt tgk pemandangan yg tak seberapa di sepanjang Sungai S'wak. Kalau cruise kat Melaka tu mlm2 cantik sb rumah2 di tepian semua dihias rapi dgn lampu berwarna-warni. Tp yg ni xde la mcm tu setakat tgk kapal je..

Sarawak River Taxi Cruise







Kitorg je yg naik.. hoorey

mcm couple hangat bercinta je kan.. jeles mama

Jauh renungan lil mel..


Ecewah.. sempat kerling kat Babah ek.

No comments:

Post a Comment