Thursday, April 11, 2013

Pengalaman Meredah Banjir

Tanggal 10.4.2013

Meredah banjir..

Pengalaman yg tak dpt dilupakan apabila terperangkap dlm kereta yg ditenggelami air banjir. Terowong duta ditutup kerana dinaiki air dan terdapat kereta yg terkandas didlm terowong tersebut. Apa nak buat walaupun takut perjalanan pulang terpaksa diteruskan. Kenderaan semua dilencongkan ke arah laluan tasik perdana. Termasuk la kereta ku.. Tetiba laluan bersebelahan padang merbok juga ditenggelami air. Tak berani oo mokcik nak redah sb ada teksi tersadai kat tepi. Tp ada plak kereta avanza ni  lalu dan dapat melepasi laluan tersebut. Mokcik berhenti kat tepi je pastu pasang hazard light. Tetiba kereta belakang dok honk honk suh jln. ishhhhh ko nak redah p je la. Laluan sebelah tu kosong hape bkn nye mokcik mengganggu laluan. 

Dlm pada kekalutan tu tak perasan gear kat N. Pastu bila nak jln keta sah2 la berbunyi kan. Terus cuak dan panik kereta dihanyutkan air. Call laa Mr. Hubby (yg panik juga) hahaha tp tak capai apapa penyelesaian. Letak telefon cuba nak matikan enjin x boleh sb gear N. Gelak sendirian dlm kereta atas kealpaan sendiri huahuahau.. Pastu perjalanan diteruskan jua dgn meredah banjir.. Alamat ke kiri kanan ler bawa keta sb nak elak laluan yg air yg tinggi. Alhamdulillah lepas. Sepanjang perjalanan yg sesak dgn kenderaan tu akhirnya selamat tiba untuk mengambil anak2 di rumah pengasuh.

Jiran sebelah tu plak bgtau plat hadapan kereta hilang. Aduyaiiiii dihanyutkan dek air banjir la tu gamaknya. Rasa2 kalau hari ni mokcik gi susur jln smlm jumpa tak? (menda ar..) hahaha. Alhamdulillah selamat smp di rumah dalam jam 8 mlm. 

No comments:

Post a Comment