Anakku berdua ini adalah penguat semangat dan pengubat jiwa lara ibunda. Alhamdulillah melihat anak2 Mama tertawa riang dan membesar sihat walafiat di depan mata merupakan anugerah yg tidak terhingga nilainya. Tatkala coretan ini dititipkan lil Mel demam sudah 2 hari dek kerana nak tumbuh gigi. Mlm2 menangis mencari Mama, disuakan susu sikit saja minumnya mungkin kerana tidak selera. Lil Musyrif pula semakin bambam dan baik sekali perangainya. Tidur mlm keduanya memang telah diatur selewatnya jam 8pm. Alhamdulillah setakat ini berjaya. Ini semua bagi memudahkan rutin harian untuk bangun seawal pagi.
Kegusaran untuk memberikan susu badan kepada lil Musyrif semakin menebal. Mahu kan tidak stok yang Mama budget untuk 2 bulan semakin berkurangan. Perkiraan untuk memberikan susu sebanyak 18oz sehari kepada pengasuh dah tidak terpakai memandangkan lil Musyrif minum susu 24oz sehari. Budget susu pun lari la. Nak top-up stok pun sehari pam tidak menjangkau 15oz. Aduyai kena cari penyelesaian segera, sambil2 jari mencoret nukilan ini Mama pun tinjau2 blog yg mencoretkan pengalaman berkaitan milk booster ni.
Ok blog adjourned utk Mama memberi penumpuan terhadap pembacaan ye sayang...

Comelyer Mel dgn Musyrif..Walau penat macam mana sekalipun bila kt tgk muka anak-anak mesti release kan....Diorg yg bg semangat tuk kt kan kan kan :)
ReplyDeleteyezzaaa.. tu la pengubat jiwa lara
ReplyDelete