
Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.
Mindset II:
Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.
Mindset III:
Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.
Mindset IV:
Mindset IV:
FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.
Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.
Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.
Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.
Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.
sinarcahayamata.blogspot.com . Terpana sebentar Mama apabila membaca blog ini. Mmg banyak info berkenaan susu ibu. Yg paling penting MINDSET. Kesedaran terus menerpa, kwn2 pun ckp begitu namun kenapa la payah benor Mama nak proses. Selalu saja alpa wpun hakikatnya telah diketahui. Justeru itu, insyaAllah Mama bertekad utk sedaya upaya menceriakan diri.
Blog adjourned again...
Jadi, apa yang Mama lakukan?
(1) Praktikkan HYPNO-BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.
(2) BERSYUKUR sedar atau tidak, kita cuma tahu bersyukur selepas mendapat nikmat. Sedangkan sebenarnya nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat tu datang.
(3) BERDOA maaf cakap, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus), doa je dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun. Allah faham.
3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan. Kemudian..
(4) POWER PUMPING
Makanan harus seimbang, dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Suplemen atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutup aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya… Semua terpulang kepada empunya badan.
Namun, sebagus mana milk booster itu pun, jika tiada stimulasi (dari pam atau bayi), tiadalah akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan – pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.
Blog adjourned again...
Wah...kagum la kak..Memang betol mindset harus selalu cakap susu cukup utk baby. InsyaAllah, secara xlangsung akan stimulate tuk pengeluaran susu yg banyak:)
ReplyDeleteapa pun, sy support dari jauhhhhh:)
Betul tu yat and muz.Mind set kena kuat.hati kena kental.jiwa mesti kering katakan YA pada susu ibu!muz,hormon prolaktin kau masih aktif dan banyak.!5 oz per day tu pun dah kira banyak.kalo masih gusar buat power pumping sementara belum sibuk ni. google pasal power pumping cemana cara.jgn culas sessi mengepam mcm aku dulu/.At least 3 kali tu wajib sehari.Sifir dia: bukan kita pam sekali sehari tu akan buat susu terus banyak dan membuak.Silap! Tapi,lagi banyak sessi kita pam, lebih banyak susu akan membuak2.insyaAllah
DeleteYatt: terima kasih sesama la kita menyokong ek.
ReplyDeleteNad: yezza akan ku pahat dlm mindaku.. insyaAllah.syiok ooo membaca ni byk ilmu dpt hari ni. terima kasih la yg tak terhingga kat geng2 yg menyokong. Hehehe